Ahad, 14 Julai 2013

mak jantung hatiku

ketika hati terdetik...








hampir terlupa bila kali terakhir emak mencium dahi adik..
mungkin ketika akhir zaman persekolahan adik..
mungkin juga ketika akhir zaman perkerjaan adik yang lalu..
terkadang adik teringat ketika adik sedang tidur emak datang selepas pulang dari kerja...ianya ketika tengah malam.. terasa rambut adik di usap lembut. tangan yang sejuk itu mengejutkan adik tapi adik sengaja buat2 tidak sedarkan diri kerna adik tak mahu membiarkan mak perasan yang adik telah tersedar kerana sentuhan mak..seketika itu juga adik terasa emak mencium dahi adik...adik sangat senang dan terasa dilindungi oleh orang yang adik cintai...

mak..
adik mengaku mungkin adik bukan seorang anak yang mudah untuk luahkan ap sahaja dengan kata-kata..tapi dengan menulis menconteng itulah cara adik..
sewaktu sekolah dulu emak jarang buatkan sarapan untuk adik2 paham sebab emak penat kerja sampai lewat malam sampaikan adik terbiasa untuk tidak sarap..adik x kisah mak adik tak pernah sakit hanya kerana adik tak sarap..hehe

start adik berkerja mak selalu bangun awal untuk buatkan sarapan untuk kami..walaupun kadang-kadang kami sering terlewat ke tempat kerja semata-mata mahu sarapan yang mak masak untk kami..mak ..air tangan mak lah yang paling sedap di dunia ni mak...setiap hari sebelum adik melangkah pergi kerja adik akan salam mak...cium dahi mak...cium pipi mak sbgi tanda adik sayang n cintakan mak..tapi sejak akhir-akhir ni adik teringin sangat nak mak cium adik...cium dahi adik...cium pipi adik..tapi adik segan ,adik malu nak cakap dengan mak..

malam tdi adik nak minum air panas tapi Qaiser Irfan baru je tido dlm dokongan adik...tibe-tibe je terasa haus..mak wat kan air kegemaran adik...sedap sangat air tu terima kasih mak..dan pagi ni sebelom adik pergi kerja...adik salam mak,cium mak,cium pipi mak...dan makk...cium adik,cium pipi adik..dalam hati ini allah je yang tahu ..walaupun adik tak cakap tapi seolah-olah mak faham isi hati adik..sepanjang perjalanan seolah2 ada taman yang berbungga dengan lebat..kegembiraan yang adik x mampu untuk ucap terima kasih makk...

petang ni adik balik awal...nanti adik masakkan mee goreng basah kegemaran mak tu ye.. sayang mak..

adik sayang dan cintakan mak dan abah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan